Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

w3c
W3C

Anda di sini : Laman Utama > SEJARAH JABATAN

SEJARAH JABATAN

Sejarah Penubuhan Jabatan Pertanian

 

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Di awal penubuhannya, Jabatan Pertanian berperanan melaksanakan dasar-dasar pertanian yang digariskan oleh kerajaan.

 

Dibawah panduan Jabatan Pertanian, beberapa Enakmen telah diluluskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pemeliharaan hak-hak tanah. Ini termasuklah yang bersangkutan dengan pemansuhan musuh-musuh yang merbahaya, dan pemberian tanah kurang daripada 20 ekar kepada petani-petani sejati bagi tujuan bertani.

 

Di peringkat awalnya, usaha Jabatan Pertanian tertumpu kepada penyelidikan tanaman, penyediaan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang dan perkhidmatan semua tanaman ekonomi yang berpotensi dan turut menjalankan aktiviti membangunkan perusahaan getah. Menyedari adanya peningkatan permintaan dan industri getah, kerajaan memutuskan supaya aktiviti perusahaan getah diberi perhatian khusus dan dengan itu aktiviti Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Lembaga Getah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1926.

 

Selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Jabatan Pertanian telah berkembang dengan pesatnya dan turut diperkukuhkan kedudukannya. Jabatan Pertanian terlibat sepenuhnya dalam penyelidikan, khidmat pengembangan dan pemasaran serta pembangunan pertubuhan-pertubuhan peladang.

 

Dengan tertubuhnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA pada tahun 1965, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia, MARDI pada tahun 1970 dan Lembaga Pertubuhan Peladang, LPP pada tahun 1973, peranan Jabatan Pertanian telah disusun semula dan menumpukan peranannya dalam khidmat pengembangan pertanian.

 

Hari ini, Jabatan Pertanian merupakan agensi yang memberikan perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian didalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian negara.

 

 

Kemaskini pada 2018-05-07 09:35:07 oleh Administrator

  •  
  • Email this page
  • 9175

HUBUNGI KAMI

Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14
40632 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55189888
Fax: 03-55105044 / 03-55100040
Email: adminjpns@doa.gov.my


qrcode

TAG AWAN

 

UNDIAN

Adakah anda mendapat maklumat yang diperlukan selepas melayari laman web kami ?

 

TAKWIM

STATISTIK

Hari Ini7
Minggu Ini451
Bulan Ini3136
Jumlah Pelawat330945

MEDIA SOSIAL JABATAN

facebook
youtube