TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)
1)BAGAIMANA HENDAK MENYERTAI TKPM NEGERI SELANGOR ?
Pemohon boleh memohon berdasarkan iklan yang dikeluarkan di laman web Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Pemohon perlu memuat turun borang dan perlu menghantar borang bersama Kertas Kerja Projek. Pengambilan peserta akan dijalankan melalui temuduga . Pemohon yang layak yang akan ditawarkan sebagai peserta
2)ADAKAH LOT TKPM AKAN MENJADI HAK MILIK PESERTA?
Tidak. Konsep TKPM adalah penyewaaan tanah antara peserta dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Tanah adalah hak milik sepenuhnya Jabatan Pertanian.
3)BERAPA KADAR SEWA YANG DIKENAKAN KE ATAS PESERTA TKPM NEGERI SELANGOR
Kadar sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM 500/ hektar / tahun.
4)BERAPA LAMA TEMPOH SEWA YANG DIKENAKAN TERHADAP PESERTA.
Tempoh yang dikenakan terhadap peserta adalah selama 21 tahun.
5)ADAKAH PESERTA BOLEH DITAMATKAN PENYERTAAN .
Boleh. Setiap peserta tertakluk kepada syarat-syarat penyertaan. Peserta perlu menandatangani Borang Perjanjian dan perlu mengikuti syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.
Kemaskini pada 2019-03-13 16:28:04 oleh Administrator