Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T

w3c
W3C

Industri Asas Tani (IAT)

SOALAN LAZIM
INDUSTRI ASAS TANI (IAT)


S1. Bagaimana cara mendaftar menjadi Usahawan Bimbangan Jabatan Pertanian Negeri Selangor?
J. Datang ke Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan dengan nyatakan lokasi perniagaan usahawan untuk mendaftar diri sebagai usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

S2. Apakah kelebihan menyertai Usahawan Bimbingan  dan mengikuti kursus-kursus dibawah anjuran Jabatan Pertanian Negeri Selangor?
J. Usahawan akan didedahkan dengan perlbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), ke arah Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan lain-lain. Usahawan juga diberikan kursus dan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan  produk mengikut bidang yang ditawarkan.

S3. Siapakah yang akan membimbing dan memantau usahawan-usahawan ke arah berjaya dibawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor?
J. Usahawan bimbingan akan diletakkan dibawah pemantauan Agen Pengembangan Industri Asas Tani yang dipanggil (APIAT) yang ada di setiap daerah. Bantuan dan bimbingan dalam bentuk nasihat akan diberikan dari semasa ke semasa oleh APIAT, Pegawai Pertanian Daerah atau Ibu Pejabat.

S4. Adakah bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor kepada Usahawan Bimbingan Jabatan?
J. Bantuan galakan perniagaan yang berbentuk pinjaman mesin, peralatan, atau naiktaraf bengkel kepada usahawan yang menjalankan projek. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian.

S5. Dimanakah boleh diperoleh maklumat lanjut berhubung kursus-kursus anjuran Jabatan Pertanian Negeri Selangor?
J. Maklumat kursus ini boleh dapati  di setiap Pejabat Pertanian Daerah dan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Selain itu, maklumat kursus ini boleh dapati juga melalui media sosial Pejabat Pertanian Daerah.

Kemaskini pada 2019-05-14 09:03:49 oleh Administrator

  •  
  • Email this page
  • 1889

HUBUNGI KAMI

Tingkat 4, Bangunan Darul Ehsan
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14
40632 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-55189888
Fax: 03-55105044 / 03-55100040
Email: adminjpns@selangor.gov.my


qrcode

TAG AWAN

 

UNDIAN

Adakah anda mendapat maklumat yang diperlukan selepas melayari laman web kami ?

 

TAKWIM

STATISTIK

Hari Ini5
Minggu Ini162
Bulan Ini3151
Jumlah Pelawat214813

MEDIA SOSIAL JABATAN

facebook
youtube