Bahagian Pengembangan, Perundingan Dan Pelaburan
- 1Merancang dan menyelaras hala tuju dan pelan strategik pengembangan berdasarkan pensijilan MS ISO.
- 2Menyediakan perkhidmatan perundingan dan penggalakan pelaburan di kalangan pengeluar dan pengeksport pertanian ke arah pembangunan yang lebih komersial dan kompetitif.
- 3Menyelaras dan memantau akreditasi pensijilan bagi memastikan pengeluaran makanan selamat dimakan.
- 4Menyelaras aktiviti promosi dan publisiti perhubungan awam bagi melahirkan imej yang positif di kalangan golongan sasar.
- 5Menyelaras maklumat laman sesawang dan media sosial Jabatan serta memantau kandungan maklumat dalam portal Jabatan agar penyampaian maklumat yang disampaikan adalah betul dan berkesan.
- 6Menyelaras perhubungan awam dan media massa bagi menjayakan program perkhidmatan Jabatan serta menghasilkan imej positif dan hubungan yang baik dengan pihak media.
- 7Menyelaras bahan penerbitan Jabatan Pertanian Negeri untuk memperkukuhkan perkhidmatan pengembangan pertanian.
- 8Menyelaras dan memantau pengurusan aduan Jabatan bagi menjaga kualiti perkhidmatan Jabatan.
