Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Lawatan Pemantauan Prestasi Peserta Kalumpang Agropark, Hulu Selangor

Encik Wan Mohammad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah menjalankan pemantauan prestasi peserta-peserta Kalumpang Agropark, Hulu Selangor. Lawatan melibatkan lot tanaman organik, tanaman halia, lot 𝙋𝙖𝙧𝙩𝙞𝙘𝙞𝙥𝙖𝙣𝙩 𝙊𝙗𝙨𝙚𝙧𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣 (PO), lot tanaman padi, sayur-sayuran, tanaman kelapa, tanaman nangka dan tapak agropelancongan.
 
Pemantauan juga bertujuan menilai kemajuan projek, mengenalpasti isu-isu dilapangan serta memberi khidmat nasihat teknikal bagi perancangan penambahbaikan projek.
Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian, Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani, Penolong Pengarah Bahagian Komoditi Tanaman dan Pegawai Pertanian Daerah Hulu Selangor serta peserta-peserta inkubator Jabatan Pertanian bagi membincangkan isu-isu semasa dan penambahbaikan program ini dalam rangka RMK-13.
 
Terima kasih kepada yang terlibat.