Lawatan kerja oleh YB Dato’ Ir Izham bin Hashim, YB Exco Infrastruktur & Pertanian ke projek-projek pertanian di Daerah Hulu Selangor diiringi YBrs Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor.
Antara projek-projek yang dilawati adalah:
Lawatan ini merupakan inisiatif bagi memperkukuh nilai tambah industri pertanian bagi mengembangkan sektor agropelancongan selaras dengan Pelan Transformasi Agro (PeTA) Selangor yang telah dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan), Setiausaha Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Pegawai Pertanian Daerah Hulu Selangor, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komoditi, Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Penolong Pengarah Bahagian Kejenteraan dan Regulatori.


