Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Sarawak telah mengadakan lawatan sambil belajar pegawai pembimbing ke Projek Agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Â
Projek Agropelancongan yang dilawati ialah Selangor Fruit Valley terletak di Rawang yang merupakan sebuah destinasi agropelancongan berasaskan pertanian dengan menggabungkan elemen pendidikan, rekreasi dan merasai pengalaman ladang yang sebenar.
Â
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan sebagai pendedahan bagi memperkasa projek agropelancongan. Peserta yang terlibat seramai 9 orang.
Â
Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor.


