Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling

Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah menganjurkan program Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling yang akan berlangsung pada 15 & 16 November 2025 bertempat di Mydin USJ, Petaling Jaya.
 
Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling telah disempurnakan oleh YBrs Encik Zulkifli bin Osman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Petaling diiringi YBrs Encik Wan Mohamad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan).
 
Sesi penyerahan 𝙈𝙤𝙘𝙠 𝘾𝙝𝙚𝙦𝙪𝙚 Insentif Tanaman dan Industri Asas Tani serta penyampaian sijil myGAP kepada petani dan usahawan bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling bagi tahun 2025 juga telah disempurnakan.
 
YBrs Encik Zulkifli bin Osman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Petaling serta Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor juga berkesempatan mengadakan sesi 𝑾𝒂𝒍𝒌𝒃𝒐𝒖𝒕 ke reruai pameran agensi dan gerai jualan usahawan.
 
Kepada warga Gombak/Petaling dan sekitar anda dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling. Pelbagai aktiviti menarik dan hadiah yang menanti anda!
W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement