Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, YB Dato’ Ir Izham Hashim berkata program kebun komuniti bukan sahaja meningkatkan produktiviti sektor pertanian berskala kecil, malah berperanan menambah pendapatan komuniti setempat di samping menggalakkan penduduk bandar menghasilkan makanan sendiri.
Â
Dalam menjayakan program ini, Jabatan Pertanian Negeri Selangor memainkan peranan utama sebagai agensi teknikal, khususnya melalui khidmat nasihat, pemantauan projek, pembangunan kapasiti komuniti serta penyediaan kepakaran pertanian bandar.
Â
Sehingga tahun lalu, sebanyak 391 kebun komuniti berdaftar telah direkodkan di Selangor dengan 86 peratus daripadanya terletak di kawasan bandar dan dipantau secara berterusan oleh pihak berkuasa tempatan bersama Jabatan Pertanian Negeri Selangor bagi memastikan pengurusan kebun dilaksanakan secara sistematik dan berdaya maju.

