Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Sejarah Penubuhan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

  • Home
  • Sejarah Penubuhan Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Info Jabatan

Sejarah Penubuhan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Di awal penubuhannya, Jabatan Pertanian berperanan melaksanakan dasar-dasar pertanian yang digariskan oleh kerajaan.
Dibawah panduan Jabatan Pertanian, beberapa Enakmen telah diluluskan untuk mempercepatkan pembangunan dan pemeliharaan hak-hak tanah. Ini termasuklah yang bersangkutan dengan pemansuhan musuh-musuh yang merbahaya, dan pemberian tanah kurang daripada 20 ekar kepada petani-petani sejati bagi tujuan bertani.
Di peringkat awalnya, usaha Jabatan Pertanian tertumpu kepada penyelidikan tanaman, penyediaan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang dan perkhidmatan semua tanaman ekonomi yang berpotensi dan turut menjalankan aktiviti membangunkan perusahaan getah. Menyedari adanya peningkatan permintaan dan industri getah, kerajaan memutuskan supaya aktiviti perusahaan getah diberi perhatian khusus dan dengan itu aktiviti Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Lembaga Getah Malaysia ditubuhkan pada tahun 1926.

Objektif Jabatan

Objektif 1

Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

Objektif 2

Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

Objektif 3

Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

Objektif 4

Melindungi tanaman-tanaman negara (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

Objektif 5

Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

Objektif 6

Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

Misi dan Visi

Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian di dalam penggunaan teknologi tanaman dan industri hiliran serta khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

Ke arah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti serta selamat, pengeluaran mesra alam serta berorientasi eksport.

  1. Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
  2. Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.