Bahagian Biosekuriti Tumbuhan
- 1Melindungi negara dari ancaman perosak dan penyakit tumbuhan melalui pelaksanaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 selaras dengan peranan sebagai “National Plant Protection Organisation” (NAPPO).
- 2Membangun, menyemak dan mengawalselia syarat-syarat pengimportan bahan pertanian dan artikel terkawal termasuk tanha dan bendasing bagi menjamin biosekuriti tumbuhan negara.
- 3Membangun dan menyelaras protokol pengeksportan bahan pertanian bagi memenuhi peraturan antarabangsa dan negara pengimport.
- 4Meneroka dan mendapatkan laluan pasaran eksport bagi memudahcara perdagangan bahan pertanian melalui rundingan antara negara bagi memenuhi keperluan sanitasi dan fitosanitasi (SPS).
- 5Mengeluar sijil fitosanitasi bagi memperaku konsainan eksport bebas dari perosak dan penyakit.
- 6Mengurus skim pensijilan MPCA, MAFAS, MAHTAS dan lain-lain sijil bagi memenuhi kehendak SPS selaras dengan peraturan antarabangsa.
- 7Mengurus perosak-perosak tumbuhan endemik dan perosak asing tumbuhan (IAS) melalui peramalan, pengawasan, diagnostic dan mitigasi perosak.
- 8Membangun dan menyesuai teknologi, memberi khidmat diagnostic dan kepakaran serta pengesyoran terhadap pengawalan perosak.
- 9Mengurus Pusat Koleksi dan Repositori perosak umbuhan selaras kehendak biosekuriti tumbuhan antarbangsa.
- 10Menguatkuasakan Akta Perdagangan Spesies Terancam (Akta 686) bagi spesies flora (tumbuhan) untuk mengawal pergerakan janaplasma negara.
