Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

HEBAHAN KURSUS PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN

📢 HEBAHAN KURSUS PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN (MELON, CILI DAN TERUNG)

Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Pengurusan Penyakit dan Perosak Tanaman (Melon, Cili dan Terung) pada 16 Jun 2026 (Selasa) bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat.

Penyertaan DIBUKA kepada petani, orang awam serta usahawan Negeri Selangor yang berumur 18 tahun hingga 43 tahun yang berminat untuk menambah pengetahuan, meningkatkan kemahiran praktikal dan berhasrat untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian.

Penyertaan adalah TERHAD dan PERCUMA kepada 60 orang sahaja serta diberi keutamaan kepada pemohon yang telah membuat pendaftaran awal “First Come First Serve”.

Tarikh tutup permohonan: 10 Jun 2026
Pemohon perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan AKTIF dan boleh dihubungi bagi tujuan pemakluman keputusan permohonan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui KOD QR pada poster dibawah atau melalui pautan https://docs.google.com/forms/….

Sebarang pindaan akan dimaklumkan melalui facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Selangor atau sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan pegawai kami pada talian yang tertera.

W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement