Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Lawatan Belajar Pegawai Pembimbing Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Sarawak Ke Projek Agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Sarawak telah mengadakan lawatan sambil belajar pegawai pembimbing ke Projek Agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
 
Projek Agropelancongan yang dilawati ialah Selangor Fruit Valley terletak di Rawang yang merupakan sebuah destinasi agropelancongan berasaskan pertanian dengan menggabungkan elemen pendidikan, rekreasi dan merasai pengalaman ladang yang sebenar.
 
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan sebagai pendedahan bagi memperkasa projek agropelancongan. Peserta yang terlibat seramai 9 orang.
 
Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement