Beberapa kawasan telah terlibat dalam pemantauan hari ini susulan bencana banjir yang melanda:
1. TKPM Ulu Chuchuh, 100ha
2. TKPM Sungai Blankan, 400ha
3. TKPM Kundang, 120ha
4. TKPM Sungai Kelambu, 500ha
5. Projek Kelompok Kanchong Tengah, 38.13ha
Â
Lawatan ini dijalankan bagi memantau kawasan yang terjejas, menilai tahap kerosakan tanaman dan mendapatkan maklumat awal bagi tindakan susulan serta bantuan yang diperlukan.
Â
Petani yang terlibat dengan kerosakan akibat banjir diminta berhubung dengan Pejabat Pertanian berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur membuat laporan bencana.
Â
Pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sangat komited untuk terus memberikan sokongan serta bantuan bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat bencana banjir.


