Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Apresiasi Akademi Pertanian Negeri Selangor 2025 yang telah diadakan bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang.
Â
Majlis apresiasi ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar Belia Tani yang telah menamatkan sesi latihan jangka panjang di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Â
Sesi penyampaian sijil tamat latihan dan plaque kepada pelajar Program Belia Tani Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang dan Program Inkubator Usahawan Belia Tani Pusat Latihan Kalumpang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor diiringi Encik Wan Mohamad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Cik Beverlien Christine, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi).
Â
Tahniah kepada semua pelajar!


