Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Strategik Jabatan Pertanian Negeri Selangor yang diwakili oleh Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor bersama Syarikat RMAICT International Sdn Bhd yang diwakili oleh Mr Joseph Tiong Ing Tze, Pengarah Syarikat.
Â
Turut berkenan berangkat hadir Yang Amat Dihormati Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Strategik.
Â
Kerjasama ini melibatkan Kerjasama Strategik Teknologi Tanaman Cendawan Dalam Persekitaran Terkawal yang akan dibangunkan bertempat di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang.
Â
Turut hadir Yang Amat Dihormati Engku Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor dan YBhg Dato’ Munasor Aliyasak, Pengurus Besar Galeri Diraja.
Â
Terima kasih.


