
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t di atas limpah dan kurnia-Nya, Jabatan Pertanian Negeri Selangor dapat meluaskan pekhidmatan pengembangan dan pembangunan pertanian kepada orang awam melalui laman sesawang rasmi Jabatan Pertanian Negeri Selangor selaras dengan pembangunan teknologi terkini.
Laman sesawang Jabatan Pertanian Negeri Selangor merupakan platform penyebaran maklumat dan informasi penting di antara Jabatan dan orang awam. Penambahbaikan ini dilaksanakan agar informasi yang dikehendaki orang awam dan lapisan masyarakat sentiasa dikemaskini, tepat dan boleh dipercayai. Melalui laman sesawang ini Jabatan dapat menyalurkan maklumat yang boleh dimanfaatkan dalam Pembangunan sektor pertanian yang diusahakan dan seterusnya merealisasikan matlamat negara dalam menjamin bekalan makanan negara.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang melayari laman sesawang Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Semoga sedikit sebanyak laman sesawang ini dapat membantu lapisan masyarakat terutama petani Negeri Selangor untuk mencapai maklumat pertanian terkini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah atau Jabatan Pertanian Negeri yang terdekat.
Sekian, terima Kasih.
HAJI AZAHAR BIN IBRAHIM B.S.K
Pengarah Pertanian Negeri
Selangor Darul Ehsan
