Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Sesi Libat Urus Bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Pihak pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pengurusan Tertinggi yang menghimpunkan warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
 
Dikesempatan itu juga, Majlis Jasamu Dikenang “Sekalung Budi Seindah Kenangan” telah disambut sempena pertukaran tiga (3) orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor iaitu:
 
Encik Ahmad Luthfi bin Ismail, Kuasa Usaha Bahagian Biosekuriti Tumbuhan ▶️ IADA Barat Laut Selangor
 
Puan Siti Hawa binti Pandi, Pembantu Tadbir ▶️ Perbendaharaan Negeri Selangor
 
Puan Junaidah binti Busra, Pembantu Tadbir ▶️ Pejabat Daerah Hulu Langat
 
Setiap pertemuan pasti disusuli perpisahan, dan dalam perpisahan punya doa dan harapan yang mengiringi. Seluruh warga Jabatan Pertanian Negeri Selangor mendoakan agar sentiasa dikurniakan kehidupan dipenuhi keberkatan, kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan kebahagiaan yang tiada hentinya. Selamat Maju Jaya di tempat baharu!
 
Terima kasih semua!
W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement