Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat bersama JPKK Kampung Kundang, Kuala Langat telah menganjurkan program walkabout dan penyerahan Pokok Kopi Liberica Kampong Kundang Kuala Langat bertempat di Kampung Kundang, Kuala Langat.
Â
Melalui program ini dapat menggalakkan aktiviti pertanian komuniti yang berimpak tinggi dan dalam jangka masa panjang.
inisiatif penanaman kopi ini juga merupakan satu bentuk sokongan kepada industri pemprosesan kopi sedia ada di Kampung Kundang, sekali gus mengukuhkan rantaian nilai industri kopi tempatan daripada peringkat penanaman sehingga ke pemprosesan dan pemasaran.
Â
Bengkel pemprosesan kopi sedia ada di Kampung Kundang mempunyai keupayaan memproses sehingga 3 tan sebulan, justeru bekalan buah kopi daripada penanaman tempatan amat diperlukan bagi menyokong kelangsungan pengeluaran kopi tempatan secara mampan.
Â
Turut di adakan kursus teknologi penanaman kopi yang disampikan oleh Puan Martini binti Ahamad Asbani, Pegawai Pertanian Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Putrajaya dan Encik Mohamad Shahidan bin Mohamed Shohaimi Pegawai Pertanian Bahagian Pembangunan Indusrti Tanaman Negeri Johor
Â
Walkabout dan simbolik penyerahan pokok kopi kepada peserta komuniti Kampong Kundang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor.
Â
Turut hadir, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Langat dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komoditi, wakil KPKM Inc Daerah Kuala Langat dan Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat.
Terima kasih semua!


