Permohonan kemasukan dibuka mulai 9 Mac 2026 dan calon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal UP_TVET Flexi di pautan:
https://mohon.tvet.gov.my/main/flexi. Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 30 Jun 2026.
Bagi lepasan SPM yang berminat membina kerjaya dalam bidang pertanian, inilah peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam sektor agromakanan negara.
.
𝗡𝗼 𝗦𝗲𝗯𝘂𝘁𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮: 𝗣𝗣𝗡.𝗦𝗘𝗟.𝟬𝟴/𝟮𝟬𝟮𝟲
MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYUSUN HIVE KELULUT BESERTA PERALATAN KEPADA JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tarikh iklan: 2 Mac 2026
Tarikh tutup: 12 Mac 2026 jam 12.00 tgahari
Tahukah anda bahawa Program Sijil Pertanian di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia menawarkan latihan dengan 70% praktikal dan 30% teori bagi memastikan pelajar benar-benar mahir dalam bidang pertanian?
Program selama dua tahun ini merangkumi kurikulum komprehensif yang melibatkan kursus umum, kursus teras, kursus pengkhususan serta latihan industri selama lapan minggu sebelum tamat pengajian.
Program ini juga diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA), sekali gus menjamin standard pendidikan yang berkualiti.
Kampus pengajian pula terdapat di beberapa lokasi seperti Serdang, Bumbong Lima, Titi Gantong dan Ayer Hitam, selain cawangan di Sabah dan Sarawak.
.
Graduan bukan sahaja berpeluang bekerja di sektor kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta malah berpotensi menjadi usahawan tani moden yang mampu mengadaptasi teknologi pertanian masa kini.
Bagi lepasan SPM yang berminat membina kerjaya dalam bidang pertanian, inilah peluang untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam sektor agromakanan negara.
Rujuk infografik untuk maklumat lanjut mengenai program ini.

