Sebelum meninggalkan dataran tinggi Bario, saya sempat meluangkan masa merasai sendiri pengalaman menjemur padi di perkarangan homestay. Aktiviti harian komuniti di sini sebenarnya mempunyai daya tarikan luar biasa sebagai produk agropelancongan yang mampu menjana ekonomi setempat secara lestari. Sebagai anak petani, Bario bukan sekadar sebuah lokasi istimewa, ia adalah sebuah pengalaman yang cukup mengesan di jiwa saya.
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan misi lawatan kerja kali ini. Kepada seluruh komuniti Bario yang menyambut kami dengan penuh mesra, serta keluarga Puan Dona dan Encik Christopher yang telah memberikan layanan terbaik sepanjang kami di sini, terima kasih saya zahirkan.
Penghargaan khusus juga buat rakan strategik dari Jabatan Pertanian Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri, Tuan Gilbert Igi, warga Jabatan Pertanian Bario, barisan urus setia program yang bekerja keras, serta semua Pengarah Bahagian dan Negeri yang hadir bersama.
Sesungguhnya, pengalaman sepanjang lawatan ini akan terus menjadi antara kenangan terindah dalam kerjaya saya.
Besar harapan saya agar segala hasil perbincangan, tinjauan dan input sepanjang program ini dapat diterjemahkan dengan sebaiknya di lapangan masing-masing. Semoga setiap gerak kerja kita selepas ini memberi manfaat impak tinggi buat sektor pertanian negara, khususnya buat komuniti Bario yang tercinta.
“Pertanian Adalah Warisan, Masa Depan Kita Bersama.”


