Satu lawatan pemantauan telah diadakan oleh Encik Wan Mohammad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ke projek Pertanian Daerah Hulu Langat, Homegrown Farms yang merupakan salah satu rakan kerjasama strategik Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Â
Lawatan ini bertujuan bagi memperkasakan kerjasama strategik antara kedua dua pihak. Antara tumpuan yang dibincangkan adalah memperkasakan program latihan/ kursus ladang organik dan Edutourism.
Â
Turut hadir Pegawai Pertanian Daerah Hulu Langat, Pegawai Pertanian Daerah Sepang, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Penolong Pengarah Bahagian Kejenteraan dan Regulatori.


