Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan program Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor yang akan berlangsung pada 8 & 9 November 2025 bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor.
Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor diiringi Encik Wan Mohamad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan).
Sesi penyerahan 𝙈𝙤𝙘𝙠 𝘾𝙝𝙚𝙦𝙪𝙚 Insentif Tanaman dan Industri Asas Tani kepada petani dan usahawan bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor bagi tahun 2025.
Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor juga berkesempatan mengadakan sesi 𝑾𝒂𝒍𝒌𝒃𝒐𝒖𝒕 ke reruai agensi dan gerai jualan usahawan.
Kepada warga Kuala Selangor dan sekitar anda dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor. Pelbagai aktiviti menarik buat anda dan keluarga dan dapatkan edaran anak pokok, promosi buah- buahan secara PERCUMA!


