Timbalan Pengarah Pertanian Selangor Encik Wan Mohammad Zukarnain bin Baharudin telah mengetuai Program Pemindahan Teknologi Industri Asas Tani ke projek IAT bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Program ini melibatkan Agen Pengembangan IAT (APIAT) seluruh daerah di Negeri Selangor, Pegawai IAT Ibu Pejabat serta Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling dan Pegawai Pertanian Daerah Klang.
Fokus utama program ini bagi mendapatkan maklumat serta input-input tambah nilai dalam perancangan RMK- 13 terutama pembangunan Home-Based, Agropelancongan serta pembangunan kopi serta kelulut .
Antara lokasi yang terlibat ialah:-
Pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor, juga kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas perhatian & kerjasama bagi menjayakan program ini.


