Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Lawatan Pemantauan Banjir Oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Sepang Dan Daerah Kuala Langat

Beberapa kawasan telah terlibat dalam pemantauan hari ini susulan bencana banjir yang melanda:1. TKPM Ulu Chuchuh, 100ha2. TKPM Sungai Blankan, 400ha3. TKPM Kundang, 120ha4. TKPM Sungai Kelambu, 500ha5. Projek Kelompok Kanchong Tengah, 38.13ha Lawatan ini dijalankan bagi memantau kawasan yang terjejas, menilai tahap kerosakan tanaman dan mendapatkan maklumat awal bagi tindakan susulan serta bantuan yang diperlukan. Petani […]

Kursus Sahsiah Dan Keterampilan Pemandu Jabatan Pertanian Negeri Selangor 2025

Kursus sahsiah dan keterampilan pemandu Jabatan Pertanian Negeri Selangor 2025 telah diadakan di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Langat.Penganjuran kursus ini bertujuan mengukuhkan hubungan ukhuwah antara para pemandu serta meningkatkan kesepakatan dan kerjasama dalam organisasi. Nur Lembah Pangsun Eco Resort yang menggabungkan Pusat Agropelancongan dan aktiviti pertanian iaitu ladang buah buahan dan kelulut. Usahawan ini […]

Sesi Libat Urus Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Bersama Peserta Program Inkubator Pusat Latihan Pertanian Kalumpang

Perjumpaan bersama peserta Program Inkubator Pusat Latihan Pertanian bersama Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) dan Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi). Perjumpaan ini adalah sesi libat urus bagi memberikan penerangan kepada peserta berkenaan inisiatif kesinambungan program Inkubator iaitu “Transaction Lab for Incubator”. Turut hadir bersama Penolong Pengarah Pembangunan Modal Insan, Penolong Pengarah Kejenteraan dan Regulatori dan Pengetua Pusat Latihan Terima […]

Sesi Libat Urus Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Bersama Usahawan Muda Daerah Hulu Langat

Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Usahawan Muda Daerah Hulu Langat bagi mengenalpasti isu semasa dan cabaran serta mencari jalan penyelesaian isu-isu yang diutarakan bagi memastikan sektor pertanian di Daerah Hulu Langat terus maju di masa akan datang. Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komoditi dan Pegawai Pertanian Daerah Hulu Langat. Terima kasih […]

Lawatan Teknikal & Pemantauan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Kuala Langat

Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) hari ini telah melaksanakan beberapa siri lawatan kerja bagi memantau perkembangan projek dan memahami keperluan usahawan di lapangan. Antara lokasi yang dilawati ialah: Projek Hidroponik Tanaman Sayur Daun Projek Pembuatan Biskut Kapit TKPM Sungai Kelambu Projek Homebase Kuih Sejuk Beku Pusat Pertanian Kampung Endah Projek Homebase Kopi Nenek @ Banting Setiap lawatan memberi […]

Majlis Apresiasi Akademi Pertanian Negeri Selangor 2025

Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Apresiasi Akademi Pertanian Negeri Selangor 2025 yang telah diadakan bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang. Majlis apresiasi ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar Belia Tani yang telah menamatkan sesi latihan jangka panjang di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Sesi penyampaian sijil tamat latihan dan plaque kepada pelajar Program […]

Lawatan Pemantauan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Klang

Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) telah meluangkan masa turun padang bagi meninjau situasi bencana yang menyebabkan banjir di projek pertanian di kawasan Meru, Klang. Lawatan ini bertujuan bagi menyantuni mangsa yang terkesan akibat bencana banjir. Lawatan pemantauan ke cadangan Projek Insentif Pembangunan bagi tahun 2026 juga telah diadakan iaitu Projek Industri Asas Tani, Syarikat Golden Nira Resources […]

Sesi Perbincangan Berkenaan Pembangunan Projek Pertanian

Satu sesi perbincangan dan pertukaran idea telah diadakan berkenaan projek pertanian bersama Y.A.D Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Al-Haj dan RMAICT serta Jabatan Pertanian Negeri Selangor dalam membangunkan teknologi yang lebih pintar bagi meningkatkan hasil dan tanaman yang berkualiti di Negeri Selangor khususnya. Terima kasih.

Lawatan Pemantauan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Sepang

Lawatan pemantauan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ke daerah Sepang serta lawatan cadangan Projek Insentif Pembangunan bagi tahun 2026 melibatkan: Projek Pembangunan Infrastruktur di TKPM Sg Blankan, Sepang Projek Pembangunan Infrastruktur di TKPM Hulu Chuchoh, Sepang Saudagar Nanas Agrofarm, Sg. Merab Lawatan ini bertujuan untuk melihat hasil kemajuan projek infastruktur di lapangan, mengenal pasti isu-isu teknikal […]

Lawatan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Hulu Langat

Lawatan pemantauan pembangunan projek pertanian di daerah Hulu Langat bagi cadangan permohonan insentif peningkatan hasil serta projek agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor bagi tahun 2026. Antara projek yang dilawati adalah: Projek fertigasi timun Kg Haji Sg Palil Dusun Tua Pusat 3P Jabatan Pertanian Batu 18 Hulu Langat Projek kelulut dan Agropelancongan Nur Lembah Pangsun Eco Resort, […]

W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement