Portal Rasmi

Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling

Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling telah menganjurkan program Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling yang akan berlangsung pada 15 & 16 November 2025 bertempat di Mydin USJ, Petaling Jaya. Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Gombak/Petaling telah disempurnakan oleh YBrs Encik Zulkifli bin Osman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah & Tanah Petaling diiringi YBrs Encik Wan Mohamad Zukarnain bin […]

Program Eco Melati Aquaponic Garden Opening Ceremony Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Melati UiTM Shah Alam

Eco Melati Garden telah dibangunkan pada tahun 2022 sebagai salah satu inisiatif hijau Kolej Melati, UITM Shah Alam. Projek Sistem Aquaponik yang dilaksanakan bertujuan untuk menjadi platform pembelajaran, penyelidikan dan inspirasi untuk pelajar serta masyarakat kampus ke arah kelestarian sejagat. Antara pencapaian Eco Melati adalah Pingat Emas di International Student Ideas Innovation Competitition 2024, Inovasi hidroponik […]

Kursus Kemahiran Teknologi Kreatif: Aplikasi AI, Rekacipta Grafik, Konten Media Sosial (Video), Pembentangan Kreatif

Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian Negeri Selangor sebagai usaha memperkukuh kecekapan, inovasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan dalam sektor awam. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi pendigitalan sektor awam bagi melahirkan penjawat awam yang celik teknologi dan berdaya saing. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, pelbagai aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dimanfaatkan […]

Lawatan Belajar Pegawai Pembimbing Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Sarawak Ke Projek Agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu Sarawak telah mengadakan lawatan sambil belajar pegawai pembimbing ke Projek Agropelancongan Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Projek Agropelancongan yang dilawati ialah Selangor Fruit Valley terletak di Rawang yang merupakan sebuah destinasi agropelancongan berasaskan pertanian dengan menggabungkan elemen pendidikan, rekreasi dan merasai pengalaman ladang yang sebenar. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan sebagai […]

Lawatan Pemantauan Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Ke Projek Pertanian Daerah Hulu Selangor

Lawatan pemantauan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) ke lokasi projek utama iaitu:  Projek Ladang organik di Pusat Pertanian Kalumpang. Projek Penanaman Bawang di Kerling Hulu Selangor. Projek Pembangunan Infrastruktur jalan di TKPM Ulu Yam, Hulu Selangor. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemajuan sebenar projek di lapangan, mengenal pasti sebarang isu teknikal, keperluan tambahan dan penambahbaikan infrastruktur […]

Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor

Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor telah menganjurkan program Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor yang akan berlangsung pada 8 & 9 November 2025 bertempat di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor. Majlis Perasmian Selangor Agrogreen Daerah Kuala Selangor telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor diiringi Encik Wan Mohamad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan […]

Sesi Libat Urus Bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Pihak pengurusan Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Pengurusan Tertinggi yang menghimpunkan warga kerja Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Dikesempatan itu juga, Majlis Jasamu Dikenang “Sekalung Budi Seindah Kenangan” telah disambut sempena pertukaran tiga (3) orang pegawai dari Jabatan Pertanian Negeri Selangor iaitu: Encik Ahmad Luthfi bin Ismail, Kuasa Usaha Bahagian Biosekuriti Tumbuhan IADA […]

Program Pemindahan Teknologi Industri Asas Tani Negeri Selangor

Timbalan Pengarah Pertanian Selangor Encik Wan Mohammad Zukarnain bin Baharudin telah mengetuai Program Pemindahan Teknologi Industri Asas Tani ke projek IAT bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Program ini melibatkan Agen Pengembangan IAT (APIAT) seluruh daerah di Negeri Selangor, Pegawai IAT Ibu Pejabat serta Pegawai Pertanian Daerah Gombak/Petaling dan Pegawai Pertanian Daerah Klang. Fokus utama program ini […]

Lawatan Kerja YB Dato Ir Izham Bin Hashim, YB Exco Infrastruktur & Pertanian Ke Projek Pertanian Hulu Selangor

Lawatan kerja oleh YB Dato’ Ir Izham bin Hashim, YB Exco Infrastruktur & Pertanian ke projek-projek pertanian di Daerah Hulu Selangor diiringi YBrs Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Tuan Haji Azahar bin Ibrahim, Pengarah Pertanian Negeri Selangor. Antara projek-projek yang dilawati adalah: Projek Ladang Kopi Bernam Valley Agropark Kalumpang (Lot […]

Kursus Keterampilan Diri Dan Komunikasi Penjawat Awam Jabatan Pertanian Negeri Selangor

Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus Keterampilan Diri dan Komunikasi Penjawat Awam Jabatan Pertanian Negeri Selangor pada 29 dan 30 Oktober 2025 bertempat di Bir Ali Tadrib Centre, Vista Alam Shah Alam. Seramai 25 orang peserta dari kalangan warga Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah terlibat dalam kursus ini. Kursus ini dianjurkan […]

W3C
MyGoverment splwpk-freedom
No latest announcement